Renungan


POKOK & MANCIS :
Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis. Tapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.

Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerana itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis terus terbakar. Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerana gesekan kecil.

Ketika burung hidup, ia makan ulat, ketika burung mati, ulat makan burung. Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku.Jangan merendahkan siapa pun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita.

Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan. Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA.

Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.

Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat.

Believe in "Usaha & Tawakkal; Qada' & Qadar." Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai; byk memberi, banyaklah merasa.
Wallahualam.